Tuesday, 14 June 2016

Dari Meja Pengerusi



Tuan/puan yang dimuliakan
(ahli group kelab/persatuan),


Adalah dimaklumkan bahawa kami sekeluarga akan balek kampung lebih awal pada 1minggu berakhir ramadhan untuk menunaikan malam lailatulqadar bagi menyempurnakan amal ibadat dibulan puasa ini.

Oleh itu besar kemungkinan kami tidak dapat hadir mesyuarat agung tersebut kerana masa dan tarikh yang dicadangkan oleh pihak liquidator/pemaju tidak bertepatan dengan masa perayaan yang akan berlangsung pada masa itu.

Jika sekiranya tuan/puan berminat untuk hadir, kami ada sediakan draf jawapan kepada agenda yang disediakan dalam surat jemputan mesyuarat tersebut.

Oleh itu siapa yang berminat bolehlah maklum kepada kami untuk menggunakan draf jawapan tersebut sebagai panduan apabila hadir mesyuarat tersebut.

Kami mohon ampun dan maaf dzahir batin dan selamat berpuasa beraya seisi keluarga sekampung.

Sekian terima kasih.



t.t.
--------------------------------
Pengerusi Persatuan.
Pengerusi Kelab.
14/Jun/2016

file:
MesyAgungJmbKelisaRia-TidakDapatHadir.pdf
MesyAgungJmbKelisaRia-TidakDapatHadir.rtf




Monday, 13 June 2016

Surah Al-Baqarah (47)



Juz:1,Surah:2.
Surah 2, Ayat 47:
Ringkasan tafsir;

(sebelum; ..... ayat 1.2.40).

Ayat 47 menerangkan, bahawa sesunguhnya Allah memberi  peringatan kepada kaum bani Israel bahawa sebelum ini telah banyak anugerah nikmat diberi kepada mereka, tapi mereka masih ingkar dan berdegil dari kaum-kaum yang lain. Antara nikmat yang diberi melalui mukzizat nabi-nabi dari kalangan bani Israel ialah; 


1. Mereka diselamatkan dari kekejaman Firaun.
2. Laut merah terbelah.
3. Orang mati dihidupkan semula. (..., 1.2.56).
4. Diselubungi awan melindungi bumi. (...., 1.2.57).
5. Menurunkan makanan madu menisan Manna dari langit. (..., 1.2.57).
6. Menurunkan makanan daging burung Salwa. (..., 1.2.57).
7. Memaafkan mereka kerana menyembah lembu. (...., 1.2.52).
8. Memberi kemapunan semasa memohon ampun. (..., 1.2.58).
9. Menurunkan kitab  furqan (Taurat) dimasa nabi Musa. (..., 1.2.53).
10. Memancarkan 12 mata air bukit untuk diminum. 


[Previous] [Next] 
.
Sumber,
Terjemahan (1.2.41~50); 
[GS] https://t.co/Sxv1amX7Fx
Ulasan (1.2);
[GS]
https://t.co/0EUkXravGr